Tuesday, 17 September 2013
Monday, 16 September 2013
Panasnya Abu Dhabi
Setiap tahun, pada bulan Ogos sekolah akan tutup selama sebulan sempena cuti musim panas. Bukan pelajar sahaja yang bercuti, professor, kerani, malahan pencuci tandas pun cuti sebulan. Pendek cerita takkan ada sesiapa di sekolah. Tetapi cuti musim panas tahun ini sangat istimewa kerana Ramadhan pada bulan Julai sehingga minggu pertama Ogos. Oleh itu, bolehla kami berjalan2 di bulan Ogos nanti tanpa berpuasa. Bermacam2 rancangan percutian yang kami plan..Asalnya kami ingin merasai pengalaman beraya di Malaysian Hall, London dan kemudian meneruskan percutian di Switzerland. Tetapi dalam gembira2 buat perancangan bercuti, hati kecil tetap bersuara "Jomla balik beraya di Malaysia, rindunya pada keluarga dan negara tercinta" Ditambah pula dengan post2 kemeriahan Ramadhan di Facebook oleh kawan-kawan.
Tahu2 je kami suami isteri telah menempah tiket balik kampung. Dalam kepala terngiang2 lagu balik kampung,"Perjalanan jauh tak ku rasa, Kerna hati ku melonjak sama" Aish lagu nyanyian arwah Sudirman ni memang sangat relevan dan evergreen betulla!
Kami pulang dengan menaiki kapal terbang Etihad. Alang2 dah naik Etihad, kami sepakat untuk berhenti di Abu Dhabi selama 3 hari dan kemudian menyambung 7 jam lagi penerbangan ke Kuala Lumpur. Bolehla tengok negara Arab..Untuk ke Abu Dhabi, rakyat Malaysia tidak perlukan Visa untuk kemasukan tidak lebih dari 30 hari.
Keluar je dari Airport, kami merasai satu pengalaman yang sangat berbeza. Dulu sewaktu baru sampai di Perancis, keluar je dari airport kami rasa sangat sejuk, siap keluar asap bila bercakap. Tetapi di Abu Dhabi, panasnye menggigit-gigit. Padanla tiada orang diluar airport. Abis je tangkap gambar terus lari masuk airport..
Buah kurma ada di sepanjang jalan dan sesiapa pun boleh petik untuk makan, bukan untuk dibuat jual yer
musim panas adalah musim kurma berbuah..
Tak semua pokok kurma tinggi2, ada juga yg jenis pendek2 mcm ni
Kami naik teksi untuk pergi kemana-mana. Teksi di Abu Dhabi sangat banyak dan efisyen. kami memang tak larat untuk berjalan kerana cuaca sangat panas, hampir 50 degree..
Sepanjang di Abu Dhabi, banyak tempat yang sempat kami pergi..Memandangkan kami di Abu Dhabi sewaktu Ramadhan, kedai- kedai banyak beroperasi dari pukul 11am hingga 3 pm dan kemudian dibuka semula pada 8pm hingga 2 am.. Abu dhabi pada waktu malam sangat meriah dan kami ingat waktu malam suhu akan sejuk rupanya sama sahaja panasnya.
Marina Mall, antara shopping mall yang terkemuka
Suasana di dalam Marina Mall, ala2 suasana KLCC kita |
Hai la anak, bila la nak beri kerjasama, bila tangkap gambar mesti buat muka macam2..
Pelbagai jenis kekacang dan kurma ada dijual
Banyak bangunan tinggi2
Pembangunan pesat di Abu Dhabi
Salah satu tempat yang paling menarik dan cantik adalah Sheikh Zayed Grand Mosque, masjid terbesar di UAE.
Kawasan keliling yang bersih, cantik dan luas..
Menuju ke pintu masuk masjid..yang bukan beragama Islam kena pakai jubah hitam bagi menutup aurat. Ada disediakan di luar pintu masuk
kami terpikir juga bagaimana la agaknya masjid di Mekah
kena buka kasut sebelum masuk, lantainya sangat panas! cempaka memang tak boleh pijak langsung, sakit katanya
Dinding diukir cantik, ada diukir asma ul husna
lampu yang besar dan gah
Ruang solat yang sangat sejuk. Carpet buatan tangannya sangat cantik, tebal dan mewah
Air mineral, tisu dan kerusi juga disediakan
Kemudian kami ke Gold Souq. Di Gold Souq ni semua kedai menjual emas, bersinar2, tebal2 dan besar2 semuanya. Maklumlah orang Abu Dhabi ni semuanya kaya raya
Apabila petang kami ke Corniche, jalan2 dan kemudian ke restoran untuk buka puasa. Berjalan di Abu Dhabi paling mudah sebab cempaka nak duduk dalam stroller je..dia tak tahan panas..hehe
Secara umumnya Abu Dhabi sebuah negara yang semuanya mahal..Fridge magnet pun berharga 15 dirham, set burger lebih kurang 30-40 dirham tapi burgernya sangat besar, makan di restoran sehingga 200 dirham. Antara yang murah di Abu Dhabi adalah carpet dan set pinggan mangkuk.
Orang2 Arab sangat kaya. Rumah dan kereta mereka mewah2. Kami perhatikan hampir setiap orang mempunyai orang gaji dan orang gaji ini sangat patuh. Selalu kami dengar ayat "Yes madam, yes sir" dari mulut mereka. Kami sempat berborak dengan seorang Malaysian yang bekerja disana, katanya dia menerima 20 ribu dirham (lebih kurang RM17000) elaun setiap bulan, jadi agaknye berapa la gaji dia sebulan..Patutla segalanya mahal di Abu Dhabi!
Thursday, 12 September 2013
Munich
Cakap pasal Munich hanya satu perkataan yang terlintas iaitu
Bersih! Jalan-jalannya bersih dan semua tandasnya juga bersih. Orang-orangnya juga
ramah..
metro bawah tanah yang TERsangat bersih! |
kotak jual surat khabar ni ada di mana2 |
Nak beli surat khabar, hanya perlu letak duit dlm kotak dan ambil surat khabar |
ronda-ronda dengan bas 2 tingkat bersihnya sungai di tengah bandar Diorang siap berkelah, mandi manda Bye Munich! |
Keukenhof, Holland
Suhu pada musim bunga tahun ni masih rendah
seperti musim sejuk. Angin dingin bertiup dan hujan lebat. Bunga-bunga pun
seakan malu-malu nak keluar..walaupun begitu, hati tetap berkeras nak ke
Keukenhof; taman bunga terbesar di dunia. Kami ke Keukenhof pada minggu kedua
bulan Mei..Kebiasaannya waktu terbaik untuk melawat Keukenhof adalah
pertengahan April sehingga awal Mei kerana pada waktu ini bunga-bunga akan
berkembang dengan sangat cantik. Tiket masuk berharga 15 euro seorang dan kami beli secara online untuk elakkan beratur panjang.
dihadapan pintu masuk Keukenhof |
cempaka memang minat bunga! |
si cantik manis! |
![]() |
terompah kayu yang popular di Holland |
dalam taman ni ada mini zoo |
ada kedai cenderahati |
ada kedai jual cheese |
ada sungai mengalir |
dan yang penting ada kincir angin |
Subscribe to:
Posts (Atom)