Monday 16 September 2013

Panasnya Abu Dhabi

Setiap tahun, pada bulan Ogos sekolah akan tutup selama sebulan sempena cuti musim panas. Bukan pelajar sahaja yang bercuti, professor, kerani, malahan pencuci tandas pun cuti sebulan. Pendek cerita takkan ada sesiapa di sekolah. Tetapi cuti musim panas tahun ini sangat istimewa kerana Ramadhan pada bulan Julai sehingga minggu pertama Ogos. Oleh itu, bolehla kami berjalan2 di bulan Ogos nanti tanpa berpuasa. Bermacam2 rancangan percutian yang kami plan..Asalnya kami ingin merasai pengalaman beraya di Malaysian Hall, London dan kemudian meneruskan percutian di Switzerland. Tetapi dalam gembira2 buat perancangan bercuti, hati kecil tetap bersuara "Jomla balik beraya di Malaysia, rindunya pada keluarga dan negara tercinta" Ditambah pula dengan post2 kemeriahan Ramadhan di Facebook oleh kawan-kawan.

Tahu2 je kami suami isteri telah menempah tiket balik kampung. Dalam kepala terngiang2 lagu balik kampung,"Perjalanan jauh tak ku rasa, Kerna hati ku melonjak sama" Aish lagu nyanyian arwah Sudirman ni memang sangat relevan dan evergreen betulla! 

Kami pulang dengan menaiki kapal terbang Etihad. Alang2 dah naik Etihad, kami sepakat untuk berhenti di Abu Dhabi selama 3 hari dan kemudian menyambung 7 jam lagi  penerbangan ke Kuala Lumpur. Bolehla tengok negara Arab..Untuk ke Abu Dhabi, rakyat Malaysia tidak perlukan Visa untuk kemasukan tidak lebih dari 30 hari.

Keluar je dari Airport, kami merasai satu pengalaman yang sangat berbeza. Dulu sewaktu baru sampai di Perancis, keluar je dari airport kami rasa sangat sejuk, siap keluar asap bila bercakap. Tetapi di Abu Dhabi, panasnye menggigit-gigit. Padanla tiada orang diluar airport. Abis je tangkap gambar terus lari masuk airport..

Buah kurma ada di sepanjang jalan dan sesiapa pun boleh petik untuk makan, bukan untuk dibuat jual yer

musim panas adalah musim kurma berbuah..

Tak semua pokok kurma tinggi2, ada juga yg jenis pendek2 mcm ni

Kami naik teksi untuk pergi kemana-mana. Teksi di Abu Dhabi sangat banyak dan efisyen. kami memang tak larat untuk berjalan kerana cuaca sangat panas, hampir 50 degree..

Sepanjang di Abu Dhabi, banyak tempat yang sempat kami pergi..Memandangkan kami di Abu Dhabi sewaktu Ramadhan, kedai- kedai banyak beroperasi dari pukul 11am hingga 3 pm dan kemudian dibuka semula pada 8pm hingga 2 am.. Abu dhabi pada waktu malam sangat meriah dan kami ingat waktu malam suhu akan sejuk rupanya sama sahaja panasnya.


 Marina Mall, antara shopping mall yang terkemuka

Suasana di dalam Marina Mall, ala2 suasana KLCC kita

Hai la anak, bila la nak beri kerjasama, bila tangkap gambar mesti buat muka macam2..

Pelbagai jenis kekacang dan kurma ada dijual


                                                                  Emirates palace

                                                         Banyak bangunan tinggi2

Pembangunan pesat di Abu Dhabi

Salah satu tempat yang paling menarik dan cantik adalah Sheikh Zayed Grand Mosque, masjid terbesar di UAE.
Kawasan keliling yang bersih, cantik dan luas..

Menuju ke pintu masuk masjid..yang bukan beragama Islam kena pakai jubah hitam bagi menutup aurat. Ada disediakan di luar pintu masuk

kami terpikir juga bagaimana la agaknya masjid di Mekah

                                                                   Pintu masuk masjid

 kena buka kasut sebelum masuk,  lantainya sangat panas!  cempaka memang tak boleh pijak langsung, sakit katanya

                                                              Dinding diukir cantik, ada diukir asma ul husna

                                                          lampu yang besar dan gah


               Ruang solat yang sangat sejuk. Carpet buatan tangannya sangat cantik, tebal dan mewah

                                         Air mineral, tisu dan kerusi juga disediakan

Kemudian kami ke Gold Souq. Di Gold Souq ni semua kedai menjual emas, bersinar2, tebal2 dan besar2 semuanya. Maklumlah orang Abu Dhabi ni semuanya kaya raya


                                                       Kami pergi cuci mata jer

Apabila petang kami ke Corniche, jalan2 dan kemudian ke restoran untuk buka puasa. Berjalan di Abu Dhabi paling mudah sebab cempaka nak duduk dalam stroller je..dia tak tahan panas..hehe

Secara umumnya Abu Dhabi sebuah negara yang semuanya mahal..Fridge magnet pun berharga 15 dirham, set burger lebih kurang 30-40 dirham tapi burgernya sangat besar, makan di restoran sehingga 200 dirham. Antara yang murah di Abu Dhabi adalah carpet dan set pinggan mangkuk. 

Orang2 Arab sangat kaya. Rumah dan kereta mereka mewah2. Kami perhatikan hampir setiap orang mempunyai orang gaji dan orang gaji ini sangat patuh. Selalu kami dengar ayat "Yes madam, yes sir" dari mulut mereka. Kami sempat berborak dengan seorang Malaysian yang bekerja disana, katanya dia menerima 20 ribu dirham (lebih kurang RM17000) elaun setiap bulan, jadi agaknye berapa la gaji dia sebulan..Patutla segalanya mahal di Abu Dhabi!


Thursday 12 September 2013

Munich



Cakap pasal Munich hanya satu perkataan yang terlintas iaitu Bersih! Jalan-jalannya bersih dan semua tandasnya juga bersih. Orang-orangnya juga ramah..
metro bawah tanah yang TERsangat bersih!

kotak jual surat khabar ni ada di mana2
Nak beli surat khabar, hanya perlu letak duit dlm kotak dan ambil surat khabar
ronda-ronda dengan bas 2 tingkat



bersihnya sungai di tengah bandar

Diorang siap berkelah, mandi manda

Bye Munich!

Keukenhof, Holland






Suhu pada musim bunga tahun ni masih rendah seperti musim sejuk. Angin dingin bertiup dan hujan lebat. Bunga-bunga pun seakan malu-malu nak keluar..walaupun begitu, hati tetap berkeras nak ke Keukenhof; taman bunga terbesar di dunia. Kami ke Keukenhof pada minggu kedua bulan Mei..Kebiasaannya waktu terbaik untuk melawat Keukenhof adalah pertengahan April sehingga awal Mei kerana pada waktu ini bunga-bunga akan berkembang dengan sangat cantik. Tiket masuk berharga 15 euro seorang dan kami beli secara online untuk elakkan beratur panjang.


dihadapan pintu masuk Keukenhof
cempaka memang minat bunga!

si cantik manis!









terompah kayu yang popular di Holland



dalam taman ni ada mini zoo
ada taman mainan juga
ada kedai cenderahati

ada kedai jual cheese

ada sungai mengalir

dan yang penting ada kincir angin