Thursday 4 July 2013

Mesir- negara yang sangat istimewa


Percutian yang paling mendebarkan adalah ke MESIR! Kami ke mesir pada bulan disember 2012 sempena cuti musim luruh yang lalu..kami pilih Mesir sebagai alasan utk lari dari dingin salji. tiket flight telah ditempah dari awal dan pada waktu itu Mesir aman damai..tetapi sebulan sebelum kami bertolak berita tentang rusuhan di Mesir ada dimana2 media masa utama dunia….Jeng!!!!!

Ya, inilah yang buat kami suspen..hari2 kami akan baca berita tentang Mesir dan kami hanya buat keputusan untuk meneruskan percutian ini dua hari sebelum bertolak itupun selepas kami mendapatkan kepastian daripada pemandu pelancong kami dan kedutaan Malaysia disana. 

Salji lebat di Perancis sebelum bertolak ke Egypt, beku!

Kami bertolak dengan menaiki pesawat Royal Jordanian dari CDG Airport, Paris- transit di Jordan dan seterusnya ke Cairo. Di airport Jordan, kami perasan staf2 yang menjaga kaunter dan di dalam airport sangat serius, langsung tidak senyum! Mungkin budaya kerja mereka begini kot..Cuma dua perkara yang menarik tentang Royal Jordanian adalah sebelum bertolak ada doa menaiki kenderaan dibacakan dan makanan di airport HALAL. 
 Harga KFC di Jordan, murah2 je
Cempaka tak nak makan, nak baca buku je..walau dimana KFC tetap jadi pujaan.

Kami sampai di Cairo airport pada pukul 11 malam, sewaktu menunggu beg, kami telah didatangi oleh seorang lelaki…owh rupanye beg kami telah disorok terlebih dahulu dan lelaki itu meminta bayaran kerana dia telah memulangkan beg kami!! Tak nak panjangkan cerita, kami bayar 5 euro pada lelaki tersebut dan cepat2 beredar..di luar pemandu pelancong kami, Pak Non telah menunggu..kami ceritakan peristiwa tadi kepadanya dan katanya orang Mesir memang mcm tu! Kami terus dihantar ke Hotel. Keadaan jalan raya di Mesir hiruk pikuk, penuh dengan kereta dan bunyi hon bertalu2..Suasana ini sgt berbeza dengan Epinal dimana semua org memandu dengan berhati2 dan suasana malam yg sgt sunyi...Di Epinal semua kedai tutup pada pukul 7 malam!

Kami menginap di Hotel Safir, hotel bertaraf 5 bintang ini sangat selesa, staf2 nya juga sgt mesra. Selasai urusan check-in kami terus berehat di bilik.
TIP 1: Jika ada duit lebih, eloklah tinggal di hotel yg mahal kerana kebanyakan feedback dr kwn2 sebelum ni mengatakan hotel bertaraf 4 bintang ke bawah adalah sgt kurang dari segi layanan dan kebersihan.  Atau jika ada kekangan kewangan boleh  menginap di Rumah Malaysia yang sgt murah tetapi selesa dan selamat.
TIP 2: Pastikan hotel yang ditempah jauh dari tempat rusuhan seperti Medan Tahrir.


Esoknya, pagi2 lg kami bersemangat untuk memulakan kembara kami…Seperti malam tadi, keadaan jalan raya di cairo mmg sgt sesak, semua kereta dipandu laju, mereka memandu seperti tiada garisan dijalan raya, main hentam saja.. Mengikut Pak Non, memandu di Cairo perlukan keberanian dan kami rasa sgt bertuah kerana dia mmg seorang yg sgt cekap. 13 tahun tinggal di Mesir, kami kira dia mmg tahu semua selok belok jalan di mesir ni..terpikir juga, kalaulah kami menaiki metro atau bas macam mana la keadaan kami. Cairo mempunyai 9 million penduduk! Di jalan raya yang penuh sesak ni, terdapat ramai juga orang yang mengemis dan ingin menjual barang setiap kali kereta berhenti seperti tisu, air mineral, sayur, roti dan macam-macam lg..Terdapat banyak sampah ditepi2 jalan.
Tips 3: untuk melancong ke Mesir mesti ada pemandu pelancong yg pandai berbahasa Arab dan mahir memandu kereta.


Dihadapan Safir Hotel, hari pertama di Cairo

Destinasi pertama kami adalah Kubu Salahuddin Al Ayub.. Sewaktu kami sampai, terdapat banyak peniaga yang menjual cenderamata. Cenderamata ini dijual dengan harga paling murah 8 LE iaitu bersamaan dengan 1 euro. Peniaga-peniaga ini akan mengikut kita kemana sahaja..melihat kesusahan mereka terdetik rasa kesian pada mereka kerana mereka memang bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki.


Kubu salahuddin al ayubi ini sangat cantik, bersih dan sangat besar.


Menuju pintu masuk kubu